Sunday 2 September 2012

Isu Ramai Guru Sakit Jiwa

Disediakan oleh: Hoo Suh Jen


1.0 Pendahuluan
Pada 2002, 154 juta orang di seluruh dunia menderita kemurungan, 25 juta skizofernia, 91 juta terjejas kerana penggunaan alkohol dan 15 juta mengalami masalah ketagihan dadah. Laporan WHO menunjukkan 50 juta orang menderita epilepsi dan 24 juta orang alzheimer. Sekitar 877,000 orang mati dengan bunuh diri setiap tahun. Seorang daripada empat pesakit yang datang ke hospital menpunyai masalah mental, neurologikal atau kekacauan tingkah laku. Kesihatan tahap mental menjejaskan dan terjejas dengan masalah kronik seperti barah, kardiovaskular selain diabetes dan HIV/Aids. Ada rawatan yang berkesan untuk menangani masalah mental, tetapi selalunya kos menjadi faktor penghalang kepada para penyakit.
Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia, Prof Dr Hussain Habil, berkata di kebanyakan negara terutama negara berpendapatan rendah dan sederhana, perkhidmatan kesihatannya kurang sumber manusia dan kewangan. Kebanyakan negara berpendapatan rendah dan sederhana hanya memperuntukkan satu peratus daripada jumlah peruntukan kesihatan bagi penyakit mental. Masa kini, seorang daripada 10 orang di Malaysia berhadapan dengan masalah kesihatan mental manakala di seluruh dunia 450 juta orang berkongsi masalah yang sama. Bagi kes kemurungan, 120 juta telah didiagnos dengan kemurungan manakala 24 juta disahkan skizofernia. Akan tetapi, sesetengah daripada jumlah ini tidak mendapat rawatan yang efektif kerana jurang rawatan akibat kekurangan sumber dan takut mendapatkan bantuan.
Menurut Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggarkan mempunyai 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru. “Guru sekarang tidak seperti guru zaman dahulu. Guru sekarang terbeban kerana banyak tugasan baru yang perlu dilaksanakan selain mengajar. Di samping sibuk dengan aktiviti persatuan, panitia, kelab, rumah sukan, kursus dan gerak kerja luar sekolah, guru-guru juga perlu berdepan dengan tekanan lain. Mereka turut berhadapan dengan perangai pelajar dan kerenah ibu bapa serta pengetua yang sentiasa menaruh harapan tinggi untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan. ” katanya.
2.0 Definisi sakit dan definisi jiwa
Berikut ialah definisi sakit, kesakitan ialah pengalaman deria rasa dan emosi yang tidak selesa, dikaitkan dengan kecederaan tisu yang benar-benar berlaku atau yang mungkin berlaku atau digambarkan dalam bentuk suatu kecederaan. Seterusnya kita akan analisis maksud jiwa. Jiwa, dalam bahasa Arab disebut Nafs, dan dalam bahasa Yunani disebut Psyche yang diterjemahkan dengan jiwa atau Soul dalam bahasa Inggris. Sedangkan Roh biasanya diterjemahkan dengan Nyawa atau Spirit. Plato (477-347 SM) berpendapat bahawa jiwa itu adalah sesuatu yang immaterial, abstrak dan sudah ada lebih dahulu di alam praserisoris. Aristoteles (384-322 SM) berpendapat lain dari gurunya. Menurut beliau jiwa itu adalah daya hidup bagi makhluk hidup. Saya berpendapat jiwa sebagai sesuatu yang abstrak, bersifat subjektif, bebas dan pribadi, dapat menimbulkan kesadaran, tapi memerlukan hubungan dengan fisik (tubuh). Saya rasa jiwa mampu menyimpan semua memori dari semenjak sejak lahir sampai jasad meninggal.
3.0 Definisi sakit jiwa
Selepas kita memahami maksud sakit dan ulasan tentang jiwa. Sekarang kita akan cuba memahami maksud sakit jiwa. WHO mendefinisikan masalah mental (sakit jiwa) sebagai ketidakupayaan menangani tekanan normal kehidupan, tidak boleh bekerja secara produktif dan tidak boleh menyumbang kepada masyarakat. Justeru, ia diiktiraf sebagai penyakit dan berupaya untuk pulih jika menerima rawatan yang berkesan dan cepat. Menurut Townsend (1996) mental illness adalah respon maladaptive terhadap stresor dari lingkungan dalam/luar ditunjukkan dengan pikiran, perasaan, dan tingkah laku yang tidak sesuai dengan norma lokal dan kultural dan mengganggu fungsi sosial, kerja, dan fisik individu.
Menurut American Psychiatric Association (APA, 1994), gangguan mental adalah gejala atau pola dari tingkah laku psikologi yang tampak secara klinis yang terjadi pada seseorang dari berhubungan dengan keadaan distres (gejala yang menyakitkan) atau ketidakmampuan (gangguan pada satu area atau lebih dari fungsi-fungsi penting) yang meningkatkan risiko terhadap kematian, nyeri, ketidakmampuan atau kehilangan kebebasan yang penting dan tidak jarang respon tersebut dapat diterima pada kondisi tertentu. Konsep Gangguan Jiwa dari PPDGJ II yang merujuk ke DSM-III adalah sindrom atau pola perilaku, atau psikologi seseorang, yang secara klinik cukup bermakna, dan yang secara khas berkaitan dengan suatu gejala penderitaan (distres) atau hendaya (impairment/disability) di dalam satu atau lebih fungsi yang penting dari manusia (Maslim, 2002).
4.0 Jenis Sakit Jiwa
4.1 Jenis Umum
Menurut Prof.Dr. Zakiah Daradjat Seorang yang diserang penyakit jiwa (Psychose), kepribadiannya terganggu, dan selanjutkan kurang mampu menyesuaikan diri dengan wajar, dan tidak sanggup memahami masalahnya. Seringkali orang yang  sakit jiwa, tidak merasa bahawa dia telah sakit, sebaliknya dia menganggap bahawa dirinya normal saja, bahkan lebih baik, lebih unggul dan lebih penting dari orang lain. Sakit jiwa itu ada dua jenis. Pertama adalah disebabkan oleh kerosakan pada anggota tubuh.  Misalnya otak, sentral saraf atau hilangnya kemampuan berbagai kelenjar. Hal ini mungkin disebabkan oleh kerana keracunan akibat minuman keras, obat-obatan perangsang atau narkotik, akibat penyakit kotor dan sebagainya. Kedua adalah disebabkan oleh gangguan-gangguan jiwa yang telah berlarut-larut sehingga mencapai puncaknya tanpa suatu penyelesaian secara wajar atau hilangnya keseimbangan mental secara menyeluruh, akibat suasana lingkungan yang sangat menekan, ketegangan batin dan sebagainya.
Selain dua jenis sakit jiwa yang dinyatakan di atas. Pada umumnya, penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu penyakit-penyakit psikosis dan penyakit-penyakit bukan-psikosis (neurosis). Kita akan analisis penyakit psikosis dahulu. Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata. Kebolehan seseorang memahami pemikiran dan perasaannya serta rangsangan dari luar terganggu di tahap teruk ini. Mereka merasai persekitarannya berbeza dengan orang yang normal. Apa yang mereka lihat, dengar dan rasai sebagai sesuatu yang benar tetapi tidak dialami oleh orang di sekitarnya. Pesakit mungkin bertindak di atas apa yang dialami dan tingkahlakunya mungkin kelihatan “luar biasa”. Orang-orang yang tidak biasa dengan tingkahlaku dan pengalaman mereka mungkin sukar memahami akan kekeliruan dan ketakutan pesakit psikosis dan melihatnya sebagai sesuatu yang menakutkan.
Pada masa dahulu pesakit mental psikosis diasingkan dan dipisahkan dari masyarakat. Tetapi, pada hari ini, dengan adanya rawatan dan ubatan yang berkesan, kebanyakan mereka dapat menjalani kehidupan yang produktif dan bermakna. Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif. Seterusnya adalah ulasan tentang penyakit-penyakit bukan-psikosis (neurosis). Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita. Apabila perasaan biasa ini dan tingkahlaku tertentu berlaku secara berlebihan, tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan seseorang dalam menjalani aktiviti harian, hubungan dengan orang lain dan keupayaan seseorang untuk menikmati keseronokan hidup, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis bukan psikosis (neurosis). Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah fobik (ketakutan yang tidak berasas), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsessif kompulsif. 
Sebelum menganalisis beberapa jenis penyakit sakit jiwa, iaitu Schizophrenia, Paranoia, Manicdepressive dan Bipolar. Saya ingin mengeluarkan pendapat saya, berdasarkan artikel yang saya pilih dari laman web rasmi yang berkaitan dengan isu guru dan keguruan. Saya berasa guru perlu memahami jenis-jenis sakit jiwa dan tanda-tanda sakit jiwa supaya boleh mendapatkan rawatan secepat mungkin. Hal ini kerana guru merupakan golongan yang menghadapi risiko menghidap sakit jiwa. Oleh itu guru perlu memberi perhatian kepada isu-isu yang berkaitan dengan sakit jiwa. Kita perlu melihatkan sakit jiwa ini sebagai sakit fizikal yang biasa dan dapat diubati atau diperbaiki. Kita tidak perlu berasa malu untuk mendapatkan bantuan jika menghadapi masalah sakit jiwa. Kita juga tidak memandang rendah orang yang menghadapi masalah sakit jiwa, malah memberi sokongan moral kepada mereka.
4.1 Jenis Speksifik
4.1.1 Schizophrenia
Schizophrenia adalah penyakit jiwa yang paling banyak terjadi dibandingkan dengan penyakit jiwa lainnya, penyakit ini menyebabkan kemunduran kepribadian pada umumnya, yang biasanya mulai tampak pada masa pubar, dan paling banyak adalah orang yang berumur antara 12 – 45 tahun. Berikut adalah gejala-gejala penyakit Schizophrenia:
  • Dingin perasaan, tidak ada perhatian pada apa yang terjadi di sekitarnya. Tidak terlihat padanya reaksi emosional terhadap orang yang terdekat kepadanya, baik emosi marah, sedih dan takut. Segala sesuatu dihadapinya dengan acuh tak acuh.
  • Banyak tenggelam dalam lamunan yang jauh dari kenyataan, sangat sukar bagi orang untuk memahami pikirannya. Dan ia lebih suka menjauhi pergaulan dengan orang banyak dan suka menyendiri.
  • Mempunyai prasangka-prasangka yang tidak benar dan tidak beralasan, misalnya apabila ia melihat orang yang menulis atau membicarakan sesuatu, disangkanya bahwa tulisan atau pembicaraan itu ditujukan untuk mencelanya.
  • Sering terjadi salah tanggapan atau terhentinya fikiran, misalnya orang sedang berbicara tiba-tiba lupa apa yang dikatakannya itu. Kadang-kadang dalam pembicaraan ia pindah dari suatu masalah ke masalah lain yang tak ada hubungannya sama sekali atau perkataannya tidak jelas ujung pangkalnya.
  • Halusinasi pendengaran, penciuman atau penglihatan, dimana penderita seolah-olah mendengar, mencium atau melihat sesuatu yang sebenarnya tidak ada. Ia seakan-akan mendengar orang lain (tetangga) membicarakannya, atau melihat sesuatu yang menakutkannya.
  • Banyak putus asa dan merasa bahawa ia adalah korban kejahatan orang banyak atau masyarakat. Merasa bahawa semua orang bersalah dan menyebabkan penderitaannya.
  • keinginan menjauhkan diri dari masyarakat , tidak mahu bertemu dengan orang lain dan sebagainya, bahkan kadang-kadang sampai kepada tidak mahu makan atau minum dan sebagainya, sehingga dalam hal ini ia harus diinjeksi supaya tertolong.
Demikian antara lain gejala  Schizophrenia, dan tiap-tiap penyakit mungkin hanya mengalami satu atau dua macam saja dari gejala tersebut, sedangkan dalam hal lain terlihat jauh dari kenyataan. Sampai sekarang belum diketahui dengan pasti apa sesungguhnya yang menimbulkan Schizophrenia itu. Ada yang berpendapat bahawa keturunanlah yang besar peranannya. Menurut hasil beberapa penelitian terbukti bahwa 60% dari orang yang sakit ini berasal dari keluarga yang pernah dihinggapi sakit jiwa. Ada pula yang mengatakan bahawa sebabnya adalah rosaknya kelenjar-kelenjar tertentu dalam tubuh. Ada yang menitik beratkan pandangannya pada penyesuaian diri iaitu kerana orang tidak mampu menghadapai kesukaran hidup, tidak bisa menyesuaikan diri sedemikian rupa sehingga sering menemui kegagalan dalam usaha menghadapi kesukaran.
Apapun sebab sesungguhnya, namun terbukti bahawa kebanyakan penyakit ini mulai menyerang setelah orang  setelah menghadapi satu peristiwa yang menekan, yang berakibat munculnya penyakit yang mungkin sudah terdapat secara tersembunyi di dalam orang itu. Faktor pendorong lain ialah kesukaran ekonomi, keluarga, hubungan cinta, selain itu terdapat kegelisahan yang timbul akibat terlalu lama melakukan onani, sehingga merasa berdosa dan menyesal, sedang menghentikannya tidak sanggup. Penyakit ini biasanya lama sekali perkembangannya, mungkin dalam beberapa bulan atau beberapa tahun, baru ia menunjukkan gejala-gejala ringan, tapi akhirnya setelah peristiwa tertentu, tiba-tiba terlihat gejala yang hebat sekaligus.
4.1.2 Paranoia
Paranoia merupakan penyakit ‘gila kebesaran’ atau ‘gila menuduh orang’. Diantara ciri-ciri penyakit ini adalah delusi yaitu satu pikiran salah yang menguasai orang yang diserangnya. Delusi ini berbeda bentuk dan macamnya sesuai dengan suasana dan kepribadian penderita, misalnya :
  • Penderita mempunyai satu pendapat (keyakinan) yang salah, segala perhatiannya ditujukan ke sana dan yang satu itu pula yang menjadi buah tuturnya, sehingga setiap orang yang ditemuinya akan diyakinkannya pula akan kebenarannya pendapatnya itu. Misalnya ada seorang suami yang menyangka bahawa istrinya berniat jahat meracuninya. Maka selalu menghindar makan di rumah, karena takut akan terkena racun itu.
  • Penderita merasa bahawa ada orang yang jahat kepadanya dan selalu berusaha untuk menjatuhkannya atau menganiayanya.
  • Penderita merasa bahawa dirinya orang besar, hebat tidak ada bandingannya, menyakini dirinya adalah seorang pemimpin besar atau mungkin mengaku Nabi.
Delusi atau pikiran salah yang dirasakan oleh penderita sangat menguasainya dan tidak bisa hilang. Kecuali itu jalan fikirannya terlihat teratur dan tetap. Pada permulaan orang menyangka  bahawa pikirannya itu logik dan benar., biasanya orang yang diserang paranoia adalah cerdas, ingatannya kuat, emosinya terlihat berimbang dan cocok dengan fikirannya. Hanya saja dia mempunyai suatu kepercayaan salah, sehingga perhatian dan perkataannya selalu dikendalikan oleh fikirannya yang salah itu. Sebenarnya kita harus membedakan antara antara sakit jiwa paranoia yang sungguh-sungguh dengan kelakuan paranoid. Kelakuan paranoid yang juga abnormal juga diantaranya :
  • Terlihat sekali dalam segala tindakannya, bahawa ia ego, keras kepala dan sangat keras pendirian dan pendapatnya.
  • Tidak mahu mengakui kesalahan  atau kekurangannya, selalu melempar kesalahan pada orang lain, dan segala kegagalannya disangkannya akibat dari campur tangan orang lain.
  • Dia berkeyakinan bahawa dia mempunyai kemampuan dan kecerdasan yang luar biasa. Ia berasal dari keturunan yang jauh lebih baik dari orang lain dan merasa bahawa setiap orang iri, dengki dan takut kepadanya.
  • Dalam persaudaraan dia tidak setia, orang tadinya sangat dicintainya, akan dapat berubah menjadi orang yang sangat dibencinya oleh sebab-sebab yang remeh saja.
  • Orang ini tidak dapat bekerja dan mempunyai kepatuhan pada pimpinan. Kerana dia suka membantah atau melawan dan mempunyai pendapat.  sendiri, tidak mau menerima nasehat atau pandangan dari orang lain.

4.1.3 Manicdepressive
Manicdepressive ialah penderita mengalami rasa besar/gembira yang kemudian kemudian menjadi sedih/tertekan. Adalah dua komponen iaitu mania dan melancholia.
4.1.3.1 Mania
Mania mempunyai tiga tingkatan iaitu ringan (hipo), berat (acute) dan sangat berat (hyper). Dalam tindakannya orang yang diserang oleh mania ringan terlihat selalu aktif, tidak kenal payah, suka penguasai pembicaraan, pantang ditegur baik perkataan mahupun perbuatannya, tidak tahan mendengar kecaman terhadap dirinya.biasanya orang ini suka mencampuri urusan orang lain. Dalam mania yang berat (acute), orang biasanya diserang oleh delusi-delusi pada waktu-waktu tertentu, sehingga sukar baginya untuk melakukan suatu pekerjaan dengan teratur. Penderita mengungkapkan rasa gembira dan bahagianya secara berlebihan. kadang-kadang diserang lamunan yang dalam sekali, sehingga tidak dapat membedakan tempat, waktu dan orang disekelilingnya. Dalam hal mania yang sangat berat (hyper) orang yang diserangnya kadang-kadang membahayakan dirinya sendiri dan mungkin membahayakan orang lain dalam sikap dan perbuatannya. Penyakit ini dinamakan juga ‘gila kumat-kumatan’, kerana penderita berubah-ubah dari rasa gembira yang berlebihan, sudah itu bisa kembali atau menurun menjadi sedih, muram dan tak berdaya. Dalam hal pertama penderita berteriak, mencaci-maki, marah marah dan sebagainya, kemudian kembali pada ketenangan biasa dan bekerja seperti tidak ada apa-apa.
4.1.3.2 Melancholia 
Melancholia ialah penderita terlihat muram, sedih dan putus asa. Ia  merasa diserang oleh berbagai macam penyakit yang tidak bisa sembuh,atau merasa berbuat dosa yang tak mungkin diampuni lagi. Kadang-kadang ia menyakiti dirinya sendiri. Orang yang diserang penyakit melancholia ringan sering mengeluh nasibnya tidak baik dan merasa tidak ada harapan lagi. Dan bagi penderita melancholia berat menjauhkan dirinya dari masyarakat. Demikianlah antara lain gejala-gejala gangguan dan penyakit jiwa  yang membuktikan betapa besar akibat terganggunya kesehatan mental seseorang yang akan menghilangkan kebahagiaan dan ketenangan hidupnya.
4.1.4 Bipolar
“Gangguan bipolar amat membebankan pesakit dan keluarga mereka dan boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan, jangka hayat lebih pendek, pengasingan sosial dan kualiti hidup kurang baik,” kata Presiden PPM, Profesor Dr. Maniam Thambu. Seseorang yang mengalami gangguan ini mengalami perubahan ragam atau mood daripada perasaan terlalu ghairah (mania) kepada terlalu resah (kemurungan). Gangguan bipolar ialah penyakit mental yang menjejaskan ragam, tenaga dan keupayaan seseorang untuk berfungsi. Kadang kala mereka akan berasa terlalu gembira dan sebaliknya. Mereka mungkin tertekan dengan tanggungjawab yang dipikul sehingga menyebabkan rasa sedih. Sibuk dengan tugasan harian sama ada di rumah atau di tempat kerja sering membuatkan manusia mengalami perubahan mood atau perasaan.
5.0 Faktor-faktor Sakit Jiwa
Setelah menganalisis jenis-jenis sakit jiwa. Saya akan memberi ulasan tentang faktor-faktor yang menyebabkan sakit jiwa terutamanya di golongan guru di negara kita. Menurut kepada artikel ‘Ramai Guru Sakit Jiwa’ yang ditulis oleh Siti Nor Afzan Kasiman, tiga faktor utama yang menyebabkan tekanan ialah keturunan, faktor sekeliling seperti kerja dan jaringan sosial seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat. Selain itu, personaliti yang sempurna juga merupakan faktor yang menyebabkan seseorang berhadapan dengan tekanan mental. Selain daripada itu, pengalaman lampau yang ngeri juga merupakan salah satu faktor kepada tekanan mental.
Sekiranya guru dari keturunan keluarga mempunyai genetik sakit jiwa akan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit mental. Oleh itu, guru perlu mengambil tahu latar belakang keluarga sendiri supaya dapat melindungi diri daripada penyakit genetik keluarga. Sebagai contoh, guru boleh mendengar cerita dari ahli keluarga tentang peristiwa lama yang pernah berlaku di kalangan ahli keluarga. Daripada cerita, guru dapat menganalisis tanda penyakit genetik sekiranya ada. Selain itu, guru juga perlu sentiasa mengambil berat tentang keadaan kesihatan ahli keluarga dan sendiri. Kerana adalah lebih baik dikesan penyakit sejak awal dan rawatan yang diberi akan lebih berkesan.
Faktor sekeliling seperti kerja yang boleh menyebabkan sakit jiwa memang dihadapi oleh para guru. Hal ini kerana guru masa kini dibeban dengan tugas kerja yang agak berat. Menurut kepada artikel ‘Ramai Guru Sakit Jiwa’,  Bebanan kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan. Selain artikel ini, terdapat juga artikel yang menyatakan isu beban kerja guru, iaitu ‘Guru tidak terbeban kerja’ oleh Mokhtar Sabah di dalam Utusan Malaysia dan ‘Beban kerja: Beri ruang guru bernafas’ dalam majalah NUTP Mac 2009.
Jaringan sosial seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat juga salah satu faktor sakit jiwa. Bagi golongan guru, mereka turut menghadapi kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar (perenggan ketiga dalam artikel). Guru mungkin menghadapi tekanan daripada pengetua supaya mencapai prestasi sekolah yang baik. Begitu juga dengan ibu bapa pelajar, kadang-kadang meraka meletakkan semua tanggungjawab jagaan dan didikan anak di atas para guru (Sila rujuk artikel ‘Guru bukan pengasuh’ NUTP Okt 2007). Pelajar pula selalu meyakitkan hati guru sama ada melanggar peraturan ataupun memandang rendah kepada guru. Rakan-rakan guru yang suka mengejek kerjaya guru turut akan mengganggu emosi guru. Pandangan masyarakat kepada kerjaya guru yang kian rendah nilainya juga memberi tekanan kepada para guru.
Faktor lain yang menyebabkan seseorang berhadapan dengan tekanan mental ialah masalah personaliti yang sempurna. Keinginan memajukan diri adalah berfaedah kepada orang sekiranya tidak keterlaluan. Keinginan yang keterlaluan pula akan mendatangkan tekanan sehingga menyusahkan dirinya. Guru yang terlalu menitikberatkan kesempurnaan tidak akan berasa puas hati dalam pembelajaran dan pengajaran harian dan mereka sentiasa ingin berjaya dalam semua subjek yang diajar. Golongan guru yang  mempunyai hasrat atau cita-cita yang menggunung. Mereka berasa kecewa apabila hasil tidak mengikut standard kesempuraan berdasarkan kaca mata mereka. Oleh itu, masalah personalitI yang sempurna akan menyebabkan tekanan mental yang berat. Guru boleh cuba dengan sedaya untuk mencapai visi dan misi sekolah, tetapi janganlah membebankan diri sampai menjadi sakit jiwa.
Selain itu, pengalaman lampau yang ngeri juga merupakan salah satu faktor kepada tekanan mental. Keadaan ini biasanya wujud pada mangsa tragedi ngeri atau menakutkan. Akibat daripada tragedi tersebut, mangsa sering dihantui perasaan bercampur-campur. Jika mangsa merupakan seseorang yang diam dan tidak suka meluahkan perasaan, maka dia akan mengalami depresi dalam jangka panjang. Mereka akan berasa fobia, takut dan boleh bertindak terburu-buru tanpa keupayaan untuk berfikir dengan nasional. Pengalaman yang terlampau seperti dirogol atau dibuli mungkin menyebabkan seseorang hilang kewarasan kerana terlalu tertekan. Dengan itu, pengalaman yang dashyat mungkin menyambung kepada desakan mental.
6.0 Cara-cara mengatasi sakit jiwa

Masalah tekanan mental boleh diatasi melalui amalan gaya hidup yang sihat. Amalan kehidupan yang harmonis boleh mengurangkan kegeraman dan tekanan hidup. Pengalaman sikap bertoleransi, sabar dan ceria dalam pergaulan seharian mampu mengelakkan pertelingkahan. Pengurusan masa secara teratur dan pembahagian kerja pula dapat mengurangkan beban kerja guru. Guru juga  boleh bersenam dan berekrasi agar melepaskan tekanan mental. Dari segi penjagaan pemakanan seharian pula, kita perlu mengelakkan makanan berlemak dan berkanji tetapi menambahkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Jadi, amalan gaya hidup yang sihat adalah berkesan untuk guru  mengelakkan masalah tekanan mental yang berat.

Langkah mengatasi tekanan mental boleh dilakukan dengan bimbingan kaunseling dan perkhidmatan psikoterapi. Perkhidmatan psikoterapi merupakan sejenis rawatan gangguan mental melalui kaedah psikologi. Kaunseling mampu membantu guru yang bermasalah agar mengurangkan konflik hidup mereka. Perkhidmatan kaunseling dan psikoterapi berperanan menyediakan ruang untuk mangsa tekanan mental meluahkan isi hati mereka. Setelah pendengaran masalah, pihak kaunseling memberikan galakkan agar membantu individu tersebut menyelesaikan masalahnya. Kaunseling juga diberikan kepada keluarga penyakit mental supaya mengurangkan tekanan mereka yang terpaksa menjaga pesakit. Dengan itu, jelaslah bahawa kaunseling dan perkhidmatan psikoterapi merupakan satu langkah yang penting dalam mengelakkan tekanan mental bagi semua orang dan juga guru di negara kita.

Di samping itu, pendidikan agama atau moral juga mampu mengatasi masalah tekanan mental. Agama dipandang sebagai unsur penting untuk menanam ciri-ciri kemanusiaan yang mulia. Ibu bapa harus memberi pendidikan agama kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi kerana “anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya”. Guru yang mempunyai asas nilai-nilai murni mampu menguasai nafsu mereka. Pendidikan moral dan agama boleh mengatasi masalah jiwa kosong dan memberikan kesedaran melawan nafsu yang keterlaluan. Dengan kesedaran tersebut, seseorang akan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Tuhan. Pendidikan agama atau moral dapat mengurangkan tekanan mental melalui kawalan keinginan.
7.0 Penutup
Guru memainkan peranan yang penting dalam pendidikan. Pelajar merupakan aset penting Negara. Oleh itu, guru perlulah mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya bebas daripada sebarang penyakit terutamanya sakit jiwa. Tekanan emosi yang ringan akan mendorong seseorang memajukan diri sendiri tetapi tekanan emosi yang melampau akan meyusahkan diri sendiri dan juga orang di sekeliling. Negara memerlukan bangsa yang maju supaya dapat berkembang dengan pesat. Bangsa yang maju dididik oleh para guru. Oleh itu, guru perlu kuat dari segi mental dan fizikal untuk melahirkan bangsa yang berdaya saing.


Isu Guru Terbabit Dalam Kegiatan Dadah

Disediakan oleh: Khor Jue Ying


Pengenalan

    Ketika negara-negara di dunia begitu sibuk bagi mengatur strategi untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam era globalisasi, kedengaran juga suara-suara sinis yang masih mempersoalkan peranan dan fungsi yang dapat dimainkan oleh insan guru yang dianggap mulia ini.

    Golongan yang terlibat dengan pendidikan pastinya tidak akan terlepas daripada tanggungjawab untuk memimpin, sama ada kepemimpinan di dalam kelas, panitia mahupun peringkat sekolah. Maka setiap pendidik perlulah berusaha dan bersedia untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme mereka kerana perkembangan dan perubahan yang pesat dalam dunia pendidikan akibat daripada perkembangan arus perdana globalisasi. 

    Akan tetapi, adakah semua pendidik telah bersedia dan melaksanakan tugas mereka dengan penuh bertanggungjawab dan beramanah apabila mereka menjejakkan kaki ke dalam bidang profesion ini? Adakah semua pendidik yang disandang jawatan sebagai guru telah melaksanakan tugas mereka dengan baik tanpa membangkitkan sebarang masalah ataupun isu-isu yang berkaitan dengan profesion? Jawapannya adalah tidak.


Isu Terbangkit

    Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Sebarang dadah boleh digunakan secara sah dari segi perubatan sekiranya ia dipreskripsikan atau diberikan oleh doktor. Namun pada masa kini, masalah penyalahgunaan dadah (iaitu penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya) telah kian berleluasa sehinggalah ia telah menceburi ke profesion perguruan.

    Berita-berita tentang penyalahgunaan dadah di kalangan guru kian bertambah dari semasa ke semasa. Contohnya guru dipenjara lapan tahun, disebat miliki dadah (Petikan dari Berita Harian, 27/01/2011), guru Bahasa Inggeris sorok ganja dalam rumah ditahan (Petikan dari Berita Harian, 07/04/2011) dan pelajar dapat nospan daripada guru (Petikan dari Berita Harian, 27/04/2010)

    Daripada keratan-keratan petikan yang dapat saya peroleh daripada Berita Harian, tidak dapat dinafikan bahawa kes-kes guru menyalahgunakan dadah kerap kali berlaku dan bilangan kes-kes sebegini telah kian meningkat dari tahun ke tahun. Di sini saya akan berikan tumpuan kepada isu ini berdasarkan rencana “Guru terbabit dadah, kurang disiplin tak layak jadi pendidik” yang dipetik dari Berita Harian, 03/05/2010, karya Jami'ah Shukri.

    Bah kata pepatah “guru kencing berdiri, murid kencing berlari” yang membawa maksud murid akan mencontohi segala- gala kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. Oleh itu, isu penyalahgunaan dadah di kalangan guru haruslah diberi perhatian dan diselesaikan sebelum berleluasa.

    Sebelum mengupaskan isu ini, marilah kita memahami definisi untuk beberapa perkataan yang berkaitan dengan topik yang bakal kita bincangkan.


Guru

    Menurut kepada sumber dari Wikipedia, perkataan “guru” sebenarnya berasal dari bahasa Sanskrit, di mana ia dikenali sebagai pengajar, pendidik, Mudarris dan pengasuh. Kesemua perkataan ini membawa maksud kepada tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau bimbingan.

    Masih menumpukan perhatian kepada maksud guru, dalam zaman modern ini guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang misalnya guru merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang pengurusan.

    Di peringkat university pula, guru diberi gelaran tutor atau pensyarah. Secara lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran.


Etika

    Menurut kepada perkataan Dewan Bahasa & Pustaka,  tahun 1995 ‘etika’ membawa maksud kepada satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.

    Manakala sekiranya kita merujuk kepada Kamus Oxford, tahun 1994 ‘etika’ pula membawa maksud prinsip moral atau set prinsip moral. Di mana ia merupakan tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.


Etika Guru

    Setiap warga guru mempunyai tanggungjawab untuk menjalankan usaha-usaha yang dirancangkan oleh pihak atasan untuk mencapai matlamat dan mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Guru-guru haruslah bersikap sebegini bagi menjadikan negara Malaysia yang dicintai ini sebagai pusat pendidikan yang penuh dengan kecemerlangan dan dapat standing dengan pendidikan bertaraf dunia.

    Sifat-sifat yang seharusnya terdapat pada seseorang individu dalam profesion guru ialah luhur, bertanggungjawab serta bertahap professionalisme yang tinggi. Kesemua sifat-sifat ini mestilah menjadi amalan dan pegangan sewaktu menjalankan amanah profession.

    Maksud etika kerja ialah panduan tingkah laku yang menjadi pegangan kepada setiap warga guru berlandaskan akhlak yang mulia. Oleh itu, guru mestilah mempunyai etika kerja bagi mencapai objektif. Ini bermakna guru wajib menanamkan sikap positif dan menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan oleh pihak atasan bagi meningkatkan kualiti kerja.

   Selain itu, guru juga perlu meningkatkan disiplin diri agar menjauhkan diri dari kegiatan yang tidak baik seperti gangguan seks ataupun terbabit dalam kegiatan dadah bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan organisasi. Pada masa yang sama, guru perlu memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada negara.

     Terdapat banyak prinsip-prinsip etika yang hendak dipatuhi oleh pihak guru. Maka di sini saya akan memilih dan mengulas sedikit sebanyak prinsip-prinsip yang berkaitan dengan isu guru yang saya pilih. Antaranya ialah:

•    Guru perlulah sentiasa mempunyai niat yang betul

Sesungguhnya semua pekerjaan adalah bergantung kepada niat yang betul. Dengan niat yang betul, barulah guru tidak akan terjerumus ke masalah jenayah seperti terbabit dalam kes dadah. Bagi menanamkan niat yang betul, guru perlulah faham dan memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara, misi, matlamat dan objektif yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, guru perlulah menjalankan tugas dengan sempurna dan ikhlas serta sentiasa berusaha untuk memberikan sumbangan yang bermutu.

•    Guru perlulah berkelakuan baik

Setiap warga pendidik bertanggungjawab untuk mencapai hasil yang berkualiti dan memperbaiki imej organisasi pada masa yang sama. Untuk itu, semua guru mestilah menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa. Guru juga mesti menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi secara berterusan serta menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha yang dilakukan oleh organisasi.

•    Guru merupakan penggerak ke arah kebaikan

Untuk menjadi penggerak ke arah kebaikan, guru hendaklah menunjukkan penampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju, berdaya saing dan dapat mendorong orang lain melakukan kebaikan. Pada masa yang sama, guru perlu sentiasa berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan dan ketinggian kualiti yang boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi kepada rakan sejawat serta sentiasa berusaha dan memberikan komitmen yang tinggi agar dapat menjadi seorang pendidikan yang terbaik.

•    Guru mestilah memperkotakan apa apa yang dikatakan

Bagi mencapai nilai etika tersebut, guru hendaklah sentiasa menunjukkan sifat-sifat ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain. Apa-apa yang dilakukan oleh guru tersebut mesti bersesuaian dengan apa yang telah diucapkan. Dalam pada itu, guru juga mestilah sentiasa menepati janji, iaitu seperti apa yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara, Visi Misi Pendidikan Negara dan sebagainya.

•    Guru adalah wajib untuk berdisiplin dan beradab

Setiap insan perlulah sentiasa menjaga adab sopan seperti dalam ajaran agama, maka guru pun tidak dikecualikan daripada ajaran ini. Guru merupakan pemimpin kepada para pelajar. Maka guru perlulah menunjukkan sifat disiplin yang tinggi agar dapat menjadi teladan kepada seseorang pelajar. Pada masa yang sama, ia adalah satu kewajiban kepada guru untuk sentiasa mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan. Tidak kiralah melakukan apa-apa, guru perlu sentiasa melaksanakan tugas dengan berpandukan prosedur dan kaedah yang bersesuaian dan betul.


Kepentingan Etika Guru

    Melalui penjelasan-penjelasan yang diberikan bagi perkataan ‘guru’ dan ‘etika’, maka guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika ini dianggap penting kerana:

•    Ia menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Ini adalah sesuai untuk dijadikan sebagai rujukan dan mudah diamalkan oleh guru.

•    Kod etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Dengan itu, para pendidik ataupun guru dalam perkhidmatan dapat faham dengan lebih mudah dan jelas tentang tanggungjawab mereka.

•    Kandungan yang dinyatakan dalam kod etika Perguruan di negara ini telahpun menunjukkan perbezaan tertentu jika kami membandingkan kod etika Negara Malaysia dengan negara lain. Oleh itu, guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan di negara ini ataupun di negara lain.

•    Selain itu, kod etika yang dicatat dalam bentuk dokumen memudahkan usaha untuk menyemak semula kod dapat dilakukan. Dengan itu, kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.

•    Pada masa yang sama, menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan juga secara rasmi. Ini dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.

•    Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Ini disebabkan melalui pengamalan etika, sudah tentunya ia dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk nilai tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam sesuatu organisasi.


Profesional

    Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep profesional merujuk kepada ciri–ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara ciri–ciri yang telah dinyatakan oleh cendekiawan-cendekiawan ialah cekap serta mempunyai pengetahuan yang mendalam kepada bidang yang diceburi oleh seseorang tersebut. Pada masa yang sama, profesion tersebut wujudnya kod etika yang bertindak untuk mengawal tingkah laku ahli itu.

    Maka melalui definisi yang dinyatakan di atas, pekerjaan guru juga merupakan satu bidang pekerjaan yang berprofesional. Dengan lain kata, perkerjaan guru adalah seorang individu yang telah mendapatkan latihan-latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi. Pada masa yang sama, individu tersebut hendaklah memegang dan mematuhi kepada kod etika bidang profesion guru yang tersendiri.

    Oleh itu, merujuk kepada ciri–ciri seperti yang dinyatakan di atas, profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah. Ini disebabkan terdapat ada segelintir guru yang sanggup mencabar dan melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini telah dibuktikan melalui akhbar-akhbar apabila semakin banyak isu mengenai salah laku guru tersiar di internet dan akhbar. Dengan ini ia sudah tentu akan menganggu serta menggugat martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia.


Etika Profesional

    Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan. Ia dilakukan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.


Punca isu

   Terdapat pelbagai punca-punca yang menyebabkan berlakunya isu guru yang terlibat dalam kegiatan najis dadah ini. Antaranya ialah disebabkan pendapatan guru adalah agak rendah dan ianya tidak dapat menampung kos kehidupan yang tinggi dalam era globalisasi ini. Tambahan pula, terdapat guru yang berniat untuk mengejar kehidupan yang mewah tetapi gajinya tidak dapat menampung kos kebendaan yang tinggi ini. Maka, bagi mencapai matlamat untuk berhidup mewah, guru tersebut telah memilih jalan yang salah di mana dia memilih untuk menjual dadah kerana pendapatan kegiatan ini adalah tinggi.  Hal ini adalah sama seperti kes yang telah dinyatakan dalam rencana, iaitu guru Sains SJK(C) di Rengit telah ditahan oleh polis kerana dipercayai mengedar dadah secara sambilan untuk kehidpan mewah.

    Selain itu, faktor-faktor lagin yang menyumbang kepada berlakunya penyalahgunaan dadah adalah tekanan daripada masalah yang dihadapi seperti masalah peribadi, keluarga dan kerja. Tidak dapat dinafikan bahawa kerja profesion guru bukanlah satu kerja yang mudah pada masa ini. Ini disebabkan guru pada zaman ini bukan sahaja hanya menjalankan amanah mereka untuk mendidik kanak-kanak, malah pada masa yang sama, ia telah dipenuhi dengan kerja kertas kerja. Kesemua kerja-kerja ini adalah banyak dan ianya adalah satu kerja yang berpanjangan dan berterusan. Maka tidak hairanlah dan ia adalah agak mudah kepada guru untuk mengalami masalah tekanan emosi.

    Oleh hal yang demikian, apabila tekanan emosi berlaku secara  keterlaluan dan berpanjangan, seseorang indivitu tersebut akan mengalami kemurungan berterusan sehinggalah dia tidak mampu berdepan dengan tekanan tersebut. Sekiranya guru tersebut tidak dapat mencari jalan untuk menangani tekanan dan tidak berdisiplin, pada akhirnya sebagai jalan penyelesaian, mereka akan memilih dan mengambil jalan mudah dengan menjadikan dadah sebagai teman setia yang membolehkan mereka melupakan tekanan yang dihadapi untuk sementara waktu.


Implikasi penyalahgunaan dadah

    Penyalahgunaan dadah akan meninggalkan beberapa kesan kepada penagih. Semasa mengambil dadah, penagih dadah akan mengalami kesan euforia serta mengalami halusinasi (rasa khayal), dari segi fisiologi penagih akan mengalami peningkatan sel darah putih dan paras gula dalam darah, kemusnahan otot-otot dan peningkatan suhu badan. Selain itu, sistem saraf pusat (saraf dan saraf tunjung) juga akan mengalami kerosakkan. Lama-kelamaan, kadar penafasan penagih dadah akan menjadi lebih pendek dan perlahan. Tubuh penagih juga akan mengigil akibat penurunan kadar metabolisme. Di samping itu, mata penagih juga akan menjadi kemerah-merahan serta kuyu dan berat badan penagih dadah turut akan mengalami penurunan secara mendadak. Daripada kesan-kesan yang disebutkan di atas, maka dengan nyata sekali, sekiranya seseorang guru tersebut sudah ketagihan dadah, maka termaktublah dia tidak dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya dengan baik akibat daripada kesan-kesan sampingan tersebut tersebut.

    Selain daripada itu, kebanyakan penagih dadah telah dikaitkan dengan penyakit psikosis (tidak siuman), kerosakan otak dan ketidakstabilan emosi yang merupakan akibat kepada kesan sampingan pengambilan dadah. Oleh hal yang demikian, mereka akan terdorong untuk melakukan  perkara di luar jangkaan kerana fikiran mereka sudah menjadi tidak waras. Kes-kes jenayah seperti merompak, meragut, merogol, dan membunuh dan meningkatkan kadar berlakunya masalah sosial. Walaupun seseorang insan yang bertugas sebagai guru akan sentiasa berfikiran waras, namun sudah tentulah dia tidak dapat mengawal diri apabila berhadapan dengan kesan ketagihan dadah. Maka masalah seperti mencederakan murid bakal berlaku akibat daripada penyalahgunaan dadah. Fenomena ini akan menjatuhkan imej negara dan juga status pendidikan negara kita.


Pandangan saya

    Penglibatan guru dalam kegiatan najis dadah telah menconteng arang dalam profesion perguruan kerana profesion perguruan dianggap sebagai satu profesion yang suci di mana ia merupakan satu profesion yang mendidik generasi baru untuk berbakti kepada negara. Akan tetapi, seperti apa yang telah dinyatakan dalam rencana, bilangan guru yang terlibat dalam kegiatan dadah kian bertambah setiap tahun. Ini dapat dilihat daripada sebaran-sebaran akhbar-akhbar sama ada di laman web, majalah-majalah dan surat akhbar. Pada masa yang sama, apa yang perlu dititik berakan ialah isu penyalahgunaan dadah di kalangan guru ini bukan sahaja berlaku di kawasan bandar, tetapi ia juga berlaku di kawasan luar bandar.

    Pada pandangan saya, apabila mendapati terdapat sesiapa guru yang terlibat dalam kegiatan najis dadah, dia seharuslah dihentikan jawatan apabila pihak polis menjalankan penyiasatan dan guru tersebut haruslah dilucut jawatan dengan serta merta sebaik sahaja kes itu disahkan. Tiada sebarang belas kasihan perlu diberikan kepada kerana mereka telah melanggar etika perguruan. Pihak kerajaan tidak harus wujud lagi sebarang pertimbangan seperti memindahkan guru dari bandar ke kawasan luar bandar atau menurunkan pangkat guru tersebut sahaja.

    Hal ini disebabkan sekiranya seseorang tersebut sudah mula bersentuhan dengan dadah dan sudah pun sampai ke tahap mengedar dadah, dia tidak akan mengubahkan sikapnya tidak kira ke mana-mana tempat dia berada. Serkiranya terdapat perubahan pada sikap guru tersebut, perubahan tersebut juga berkemungkinan besar merupakan perubahan untuk sementera waktu sahaja, tetapi bukannya perubahan yang ikhlas dari hati. Perubahan itu dilakukan agar sumber kewangannya tidak terputus dan dapat lagi meneruskan kegiatannya untuk mengedar dadah.

    Seperti yang dinyatakan dalam rencana, bilangan guru yang bermasalah pada hari ini semakin bertambah. Di mana guru-guru tersebut telah terlibat dalam kancah najis dadah, pelacuran, skandal sex dan sebagainya. Maka bagi mengelakkan perkara yang memalukan ini terus berlaku, cara pemilihan guru perlulah diperketatkan dengan mengadakan beberapa saringan keutuhan supaya dapat memilih calon-calon yang benar-benar ingin menjadi guru dengan memenuhi syarat-syarat Standard Guru Malaysia agar mereka yang terpilih semualah merupakan calon-calon guru yang terbaik dan menjalankan tugas mereka dengan penuh berdedikasi.


Kesimpulan

    Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlulah sentiasa berpegang teguh kepada kod etika yang telah digariskan. Pada masa yang sama, guru perlulah sentiasa tegas beriman, dengan itu barulah tidak akan terjerumus ke jurang jenayah di mana ia bukan sahaja memusnahkan kehidupan diri, malah ia juga akan memusnahkan kehidupan murid yang dididik. Oleh itu, isu–isu pelanggaran kod etika keguruan seperti isu penyalahgunaan dadah mestilah dibendung daripada terus menular kerana ianya membawa kesan yang buruk terhadap profesion keguruan, pembangunan modal insan dan masa depan anak bangsa.



Sumber Rencana: Berita Harian: Guru terbabit dadah, kurang disiplin tak layak jadi pendidik

Isu Tekanan Emosi Guru Akibat Bebanan Kerja

Disediakan oleh : Sua Shang Wei

Pada masa kini, dunia pendidikan sering menjadi isu penting tidak kira sama ada dari segi pendidiknya, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan, ganjaran dan kenaikan pangkat ataupun isu-isu semasa yang sering membabitkan diri pendidik tersebut. Oleh itu, profesion perguruan sering dianggap oleh masyarakat bahawa bidang ini bukanlah satu tugas yang sukar dan rumit kerana kebanyakan mereka menganggap kerjaya guru hanya duduk di dalam kelas dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya sahaja. 

 

Selain itu, terdapat juga orang yang berpendapat bahawa guru hanya perlu membuat kerja-kerja perkeranian seperti menaip dan mengisi boring yang berkaitan dengan murid. Justerunya, masyarakat kini sememangnya tidak begitu memahami secara mendalam terhadap profesion keguruan dan tanggungjawab yang dipikul oleh para guru.

 

Namun begitu, di negara kita masih terdapat persoalan-persoalan mengenai tekanan kerja di kalangan guru sering dibincangkan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Ini adalah kerana profesion sebagai seorang guru merupakan salah satu profesion yang sungguh mencabar. Tanggungjawab yang menyatakan bahawa guru umpama ‘lilin yang membakar diri’ bukan sahaja di dalam masyarakat kita tetapi di negara-negara lain juga memandangkan tugas seseorang guru begitu banyak dan tanggungjawabnya adalah amat berat terutamanya terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh seseorang guru dalam era globalisasi ini. Di negara kita,  antara cabaran yang dihadapi oleh warga pendidik adalah cabaran Wawasan 2020 untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing. 

 

Dengan itu, tanggungjawab dan tugas guru yang begitu mencabar telah  memberikan tekanan stres secara tidak langsung dan menyebabkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Tidak dapat dinafikan bahawa pada masa kini terdapat kes-kes yang berkaitan dengan guru sering berlaku dan dilaporkan melalui media massa. Kebanyakan Kes yang berkaitan dengan guru adalah amat serius sehingga terdapat segelintir kes telah menyebabkan kecederaan dan kematian.  

 

Dalam kes ‘ Bisikan Misteri Arah Guru Amuk’ yang berlaku di SK Sabur, Kota Kinabalu adalah amat serius kerana guru tersebut telah mengamuk sehingga menggunakan pedang samurai dan menyebabkan seramai 14 orang guru termasuk dua orang guru wanita terpaksa menyembunyikan diri dalam hutan paya bakau. Walaupun tiada sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku, akan tetapi tingkah laku guru tersebut yang kurang waras telah mengancam keselamatan rakan sejawat yang lain. Ini mungkin akan membawa sebarang kecederaan ke atas guru-guru yang tinggal bersamanya. Sumber berkata bahawa suspek tersebut mendakwa terdapat suara perempuan yang sering mengganggunya sejak beberapa minggu lalu dan menyebabkan dia tidak dapat bertahan sehingga mengamuk.  

 

Melalui pandangan masyarakat setempat yang bertahyul mungkin berpendapat bahawa guru tersebut memang diganggu oleh makhluk halus. Walaubagaimanapun, pandangan yang lebih saintifik mengenai kes ini berlaku mungkin disebabkan tekanan emosi yang telah dipendamkan dalam guru tersebut yang agak lama sehingga dia tidak dapat berfikir dengan waras dan mendakwa dirinya dapat mendengar bisikan misteri yang mengganggu ketenteramannya. Akibatnya, tekanan emosi yang serius ini telah menyebabkan guru berkenaan berfikiran tidak mempunyai kesedaran diri dan melakukan perbuatan yang tidak terkawal yang boleh mengancam keselamatan orang lain. 

 

Dengan itu, kes yang telah berlaku ini telah membuktikan bahawa pada zaman kini, para guru sentiasa menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kementerian demi meningkatkan lagi kualiti pendidikan. Selain itu, pelbagai reformasi dalam bidang pendidikan dan masalah-masalah seperti masalah murid dan bebanan kerja pasti akan menyebabkan tekanan stres di kalangan guru. 

 

Stres merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya. 

 

Menurut Mohd Salleh (1994), stres adalah reaksi fizikal dan mental emosi seseorang akibat sesuatu situasi yang menyebabkan seseorang itu tidak mendapat keselesaan hidup. Di negara kita, fenomena stres di kalangan guru sering diperbincangkan dan dijadikan bahan kajian.  Ini adalah bidang pendidikan pada hari ini semakin mendesak para guru untuk bekerja keras dengan lebih masa demi mencapai permintaan tinggi pendidikan tersebut. Di samping itu, usaha peningkatan dan pelaksanaan tersebut telah menyebabkan guru-guru semakin tertekan dengan bebanan kerjaya pendidikan ini.

 

Mengikut Kyriacou (2000), stres guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugas sebagai seorang guru. Sementara itu, menurut Sapora Sipon (2007), stres terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Maka, stres merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku. 

 

Oleh itu, guru yang gagal mengawal diri akibat stres akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan murid dan juga mutu  pengajaran dan pembelajaran. Isu sebegini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa negara kita ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikan.

 

  Isu beban tugas guru ini memang sukar difahami masyarakat umum melainkan ada dalam kalangan keluarga atau rakan mereka terbabit dalam kerjaya itu. Tidak seperti kebanyakan kerjaya lain, tugas guru tidak terikat kepada waktu persekolahan. Selain terpaksa membawa kerja balik ke rumah, guru kadang kala terpaksa membuat kerja yang tidak ada kaitan dengan tugas mengajar seperti menghadiri mesyuarat sekolah, mengikuti program peringkat daerah atau peringkat negeri atau wakil pengetua atau guru besar. Di samping itu, mereka juga terpaksa melakukan penyeliaan dan bimbingan aktiviti kokurikulum seperti persatuan, sukan dan badan beruniform. Ini tidak termasuk mengiringi pelajar menyertai program di luar sekolah yang mungkin mengambil masa beberapa jam mahupun beberapa hari.

 

  Sememangnya peranan guru di sekolah adalah banyak dan tugas guru bukan sahaja mengajar dan menyampai ilmu pengetahuan kepada muridnya di dalam kelas tetapi dia juga diharapkan dapat melaksanakan tugas-tugas yang lain. Antaranya adalah sebagai pengurus bilik darjah, mengawal disiplin murid, perancang program-program, agen perubahan, penyelidikan, fasilitator, penilai dan banyak lagi.  Apabila sesi persekolahan menuju ke penghujungnya pada setiap tahun, guru sekolah perlu mendapat semakin banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Sementara tugas-tugas tersebut semakin bertambah, tugas seperti pemeriksaan tugasan, ujian dan peperiksaan juga akan dihadapi oleh guru selain melaksanakan tugas rutin iaitu mengajar. Dengan pertambahan tugas, guru akan berasa beban dan seterusnya akan mengalami tekanan emosi yang serius.

 

  Semua ini dilakukan tanpa kemudahan bayaran lebih masa, tuntutan perbatuan yang dicatu mahupun lebihan masa yang digunakan untuk tugas rasmi diganti sebagai cuti rehat pada keesokan harinya. Namun, bagi kebanyakan guru, beban itu tidak pernah dipertikaikan kerana menyedari mereka sudah memilih kerjaya yang tanggungjawabnya menjangkaui waktu kerja. Walaupun begitu, penyelesaian yang wajar  harus dicari bagi meringankan beban ini kerana jika stres atau tekanan berpanjangan di dalam hidup seseorang guru dan tidak bijak untuk menguruskannya, ia akan menyebabkan penyakit-penyakit tertentu yang akan menjejaskan kesihatan dan kecergasan guru itu sendiri, selanjutnya memberi kesan negatif kepada murid. 

 

  Antara penyakit-penyakit yang berpunca akibat mengalami tekanan stres adalah sakit jantung, stroke, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Merujuk kepada isu guru tersebut telah mengalami kesukaran tidur sehingga dia mengamuk. Kesukaran tidur atau dikenali sebagai ‘insomnia’ adalah salah satu penyakit yang berpunca daripada tekanan stres. 

 

  Selain itu, terdapat juga banyak faktor yang menyebabkan kes sebegini berlaku. Antaranya adalah persekitaran kerja yang tidak kondusif. Suasana kerja adalah amat penting bagi seseorang guru kerana ruang kerja yang sempit dan sesetengah kelas yang terlalu panas dan tidak selesa boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada guru berbanding dengan individu lain yang bekerja di tempat yang berhawa dingin. Tambahan pula, kemudahan-kemudahan sekolah yang tidak mencukupi untuk keperluan diri dan pelajarnya terutamanya sekolah-sekolah di kawasan pedalaman akan menyebabkan guru tersebut semakin stres.

 

  Selain itu,  kelakuan dan perangai murid dalam kelas yang sentiasa menjadi cabaran kepada seseorang guru juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan guru mengalami tekanan emosi. Murid sentiasa melakukan pelbagai aksi untuk menarik perhatian guru tentunya akan menimbulkan masalah serta memberikan kesan kepada emosi guru dan lama-kelamaan ia akan menjadikan guru berasa stres. 

 

  Punca-punca peribadi juga merupakan antara faktor guru mengalami tekanan emosi. Keadaan kesihatan guru terjejas ataupun berlakunya kemalangan dan kematian dalam kalangan ahli keluarga akan menyebabkan guru tersebut mengalami tekanan emosi yang seirus. Selain itu, hubungan dengan ahli keluarga atau rakan sekerja adalah amat penting bagi seseorang guru kerana ia merupakan satu sokongan kepada guru tersebut. Jika berlakunya perselisihan faham akibat masalah komunikasi yang tidak berkesan maka ini boleh menyebabkan stres terhadap guru tersebut.

 

  Pada zaman kini, taraf hidup yang semakin tinggi telah menjadi keperluan yang biasa bagi semua orang. Oleh itu, perbelanjaan kehidupan seharian amatlah memerlukan wang yang secukupnya. Kita sering diberitahu bahawa gaji guru adalah rendah berbanding dengan profesion yang lain. Dengan itu, masalah kewangan telah membataskan aktiviti riadah dan taraf hidup seseorang guru. Ini telah menyebabkan dia sukar untuk menikmati dan memberikan taraf hidup yang baik kepada diri dan keluarga mereka. Maka, masalah kewangan ini akan menyebabkan guru mengalami tekanan stres. 

 

  Berdasarkan faktor-faktor yang telah dibincangkan, banyak usaha dan rancangan untuk mencari penyelesaian yang sesuai hendaklah dijalankan agar mengatasi masalah beban guru sekolah agar isu ini tidak akan berterusan dan menjadi semakin serius. Jika tidak, ia akan membawa kesan yang buruk sehingga guru tidak suka akan kerja mereka dan secara tidak langsung ia mampu membawa kesan buruk yang akan menjejaskan imej keguruan. Maka, pihak yang berkenaan haruslah bekerjasama dan mengambil berat terhadap isu-isu guru mengalami tekanan emosi akibat bebanan kerja. 

 

  Dengan itu, pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh pelbagai pihak untuk menangani masalah beban tugas guru. Salah satunya adalah Kesatuan Perkhidmatan Pengurusan Perguruan Kebangsaan (KPKK) telah memohon supaya skop kerja guru dapat dispesifikan dan kebajikan guru dapat diutamakan. Selain itu, kemudahan asas sekolah perlu lengkap dan program pemprosesan data dapat diringkaskan serta penambahbaikan semua sistem ICT agar urusan data guru atau pelajar dapat dilaksanakan secara berpusat. Bukan sahaja begitu, pihak KPKK juga mencadangkan agar mewujudkan jawatan pembantu murid untuk membantu urusan kerja-kerja perkeranian dan mengasingkan guru akademik dan guru sukan agar guru dapat lebih fokus pada tugas yang telah ditetapkan untuk setiap individu dalam organisasi itu.  

 

  Sebenarnya, pihak kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap isu beban guru dan berusaha mencari penyelesaian yang sesuai untuk menangani masalah tersebut. Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin juga merupakan Menteri Pelajaran telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara dan diharapkan untuk mencari penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan bebanan guru. 

 

  Selain itu, tokoh akademik termasuklah bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Rahman Arshad telah meminta mengkaji mewujudkan jawatan pembantu guru bagi membantu guru di setiap kelas bagi melakukan tugas pentadbiran dan perkeranian. Dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mencari penyelesaian dengan melatih dan menghantar pembantu pentadbir di sekolah bertujuan untuk mengurangkan beban kerja guru. Tugas-tugas seperti tugas perkeranian dan menguruskan pusat sumber serta bilik-bilik khas sekolah oleh pembantu pentadbir sememangnya dapat mengurangkan masalah beban kerja guru. Dengan ini, guru juga dapat lebih fokus kepada tugasnya untuk merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

 

  Bukan sahaja begitu, pihak kerajaan juga telah berusaha menaik taraf infrastruktur dan kemudahan sekolah terutamanya di kawasan pedalaman agar menyediakan suasana persekitaran kerja yang kondusif bagi guru. Dengan usaha sebegini, maka stres di kalangan guru dapat dikurangkan.

 

        Bagi seseorang guru yang mengalami tekanan emosi akibat bebanan kerja, beliau seharusnya dapat memiliki penampilan yang baik dari segi mental dan dapat menghadapi sebarang cabaran atau halangan dengan pemikiran yang jelas dan baik. Ini adalah kerana guru bukan sahaja memerlukan penampilan yang baik dari segi fizikal, malah beliau juga perlu sentiasa berfikiran waras dan dapat menangani tekanan emosinya dengan berkesan. Oleh itu, guru seharusnya meningkatkan dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah yang dapat membantu seseorang guru menangani masalah tekanan emosi yang dihadapinya secara rasional,  seterusnya merancang cara penyelesaian secara sistematik.

 

          Selain itu, sebagai seorang guru, beliau juga seharusnya dapat menguasai kemahiran pengurusan masa. Pada masa kini, kebanyakan guru yang bekerja menghabiskan masa ke atas tugasan yang kurang penting telah mengabaikan tanggungjawab yang lain sehingga mereka berasa tugas mereka tidak dapat diselesaikan. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi guru mengalami masalah tekanan emosi akibat beban kerja. Oleh itu, kemahiran pengurusan masa dapat membantu seseorang guru menumpukan kepada kerja-kerja yang penting dahulu dan melakukannya dengan lebih bijak. Contohnya, seseorang guru perlu merancang jadual bekerja dan meluangkan masa lapang individu yang secukupnya untuk kegunaan diri.

 

            Seseorang guru yang mengalami tekanan emosi akibat beban kerja boleh mempelajari kemahiran relaksasi yang dapat membantu meredakan reaksi fizikal terhadap tekanan. Sebagai contoh, guru boleh boleh menjalankan relaksasi seperti aktiviti yoga yang mengutamakan cara menarik dan menghembus nafas dengan perlahan-lahan yang boleh menangani stres. 

 

Bukan sahaja begitu, seseorang guru patut mengekalkan cara hidup yang sihat dan seimbang dengan bersenam, makan makanan yang sihat, mempunyai tidur yang cukup dan tidak meminum air beralkohol kerana badan yang sihat dapat meningkatkan prestasi kerja. Untuk memperolehi cara hidup yang seimbang, seseorang guru perlu meluangkan masa dengan melakukan hobi atau aktiviti rekreasi. Dengan membuat demikian, mereka dapat mengalih fikiran mereka terhadap kerisauan dan kebimbangan mengenai tugas serta mendapat persepsi yang baru untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.

 

            Jika seseorang guru itu mempunyai cara berkomunikasi yang baik dan berkesan, maka mereka dapat mencari jalan untuk meluahkan buah fikiran dan emosinya. Di samping itu, ia juga dapat memahami reaksi yang diberi. Maka, dengan cara ini dapatlah seseorang guru itu mengendalikan masalah dan tekanan emosi dengan lebih berkesan. Oleh itu, sebagai seorang guru, beliau perlu menjalin hubungan yang baik dengan rakan sejawatnya agar dapat berkongsi masalah yang dihadapi. Merujuk kepada kes guru tersebut, guru berkenaan sepatutnya menjelaskan dan membincangkan masalah bisikan misteri yang telah dihadapi olehnya kepada rakan sejawat yang lain agar dapat sokongan yang baik untuk mencari cara penyelesaian yang lebih berkesan.


            Seseorang guru yang mempunyai tujuan hidup biasanya dapat mengendali tekanan dan stres dengan baik. Oleh itu, penglibatan diri dalam hal-hal keagamaan juga merupakan salah satu cara bagi seseorang guru untuk menangani masalah tekanan stres kerana agama dapat memberi sumber harapan atau menjadi pegangan kepada seseorang apabila diperlukan. Golongan yang bekerja termasuk guru adalah digalakkan untuk melibatkan diri dalam hal-hal kerohanian kerana ia dapat memberi mereka perspektif yang betul tentang kehidupan dan pekerjaan. Dengan ini, penampilan guru dari segi sifat rohaniah dan kejiwaan dapat dipertingkatkan. Guru tersebut juga akan lebih bersifat tenang dan mempunyai emosi yang mantap serta optimistik dalam kehidupan. 

 

Selain itu, seseorang guru perlu berfikiran realistik terhadap pekerjaannya dan memupuk sikap suka dan minat terhadap kerjayanya dengan menambah ilmu pengetahuan mengenai bidang atau profesion yang diceburinya demi memartabatkan lagi profesion keguruan. Beliau juga seharusnya dapat memahami kekuatan dan kelemahan dirinya. Sementara itu, fikiran yang positif patut disemai dalam kalangan guru agar mereka dapat bersiap sedia menghadapi sebarang masalah dan bersikap terbuka untuk menghadapi sebarang perubahan terutamanya dalam bidang pendidikan. 

 

Bukan sahaja begitu, seseorang guru perlulah sentiasa bertanggungjawab dan memahami akauntabilitinya terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara serta rakan sejawat dan profesion keguruan agar dapat menunjukan prestasi yang terbaik ketika bekerja terutamanya menjalankan peranannya untuk menyampai ilmu pengetahuan dan merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan agar murid-murid dapat mencapai objektif yang optimum.

 

Pihak pengurusan sekolah pula harus berperanan untuk membantu guru dalam menghadapi sebarang tekanan, konflik dan isu. Pihak berkenaan perlu sedar akan kepentingan pemantauan ke atas tahap stres guru dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengurangkan masalah tersebut. Contohnya, pihak pengurusan di sekolah perlulah mengenal pasti guru-guru yang mempunyai potensi mengalami tahap stres yang tinggi. Seterusnya, pihak sekolah boleh bekerjasama dengan kaunselor pentadbir yang berada di Pejabat Pelajaran Daerah dan di Jabatan Pelajaran Negeri agar mengadakan sesi pertemuan untuk membantu guru yang berkenaan untuk memahami dirinya dan orang lain, seterusnya mendapatkan alternatif terbaik yang boleh dilakukan dalam menangani sebarang isu khususnya yang berkaitan dengan tekanan. 

 

            Kesimpulannya, tekanan emosi guru semakin ketara di sekolah akibat beban kerja kerana globalisasi dan modenisasi dalam bidang pendidikan. Dengan tanggungjawab guru semakin mencabar dan peranan guru juga berubah. Hal ini telah menyebabkan para guru menghadapi tekanan emosi dan terdapat segelintir guru tidak dapat tekanan kerja dengan sebaik mungkin sehingga menjejaskan kesihatannya. Oleh itu, pengurusan tekanan emosi memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh semua anggota di dalam organisasi pendidikan terutamanya dalam kalangan guru kerana kegagalan mengawal tekanan boleh membawa kesan yang buruk bukan sahaja kepada individu tetapi juga imej organisasi. 

 

Selain itu, pihak berkenaan juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan beban stres yang dihadapi oleh guru dengan mengkaji semula skop kerja guru. Para guru perlu sentiasa bersikap positif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi mengelakan diri terus berada dalam keadaan stres dan menjejaskan karier diri sebagai seorang guru.

 

Sumber rujukan : Berita Harian- Bisikan Misteri Arah Guru Amuk